Satu perlawanan persahabatan bola jaring dan sukaneka antara pelajar-pelajar Kolej SAL Kuala Lumpur, gabungan kakitangan dan pensyarah SAL, dan juga pelajar-pelajar MLVK Tahap 3 telah diadakan pada 20 Mei 2006. Perlawanan itu telah diadakan di padang Kolej SAL dan bermula pada jam 9.00 pagi.![]()

The recently completed SAL Group of Colleges convocation that was held in Nikko Hotel earmarked a milestone in SAL's history. This year marked the silver jubilee of SAL and for the first time SAL Group Colleges and Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) celebrated their convocations together.
MATLAMAT mewujudkan graduan yang prihatin dan berketrampilan mendorong Kolej SAL Kuala Lumpur untuk mempelbagaikan pendekatannya dalam bidang pembangunan insan.
Selain menentukan kurikulum akademik yang mantap, ia turut memberi perhatian kepada program yang mampu menyemai semangat patriotisma dan cinta pada negara. Falsafah ini diterjemahkan dalam banyak aktiviti yang dianjurkan sendiri atau dengan kerjasama pihak lain.
PELAJAR Institut Media Intergratif Malaysia (MIIM) membuktikan bahawa mereka adalah antara yang terbaik dalam bidang komunikasi dan media integratif apabila memenangi lima anugerah utama dalam dua pertandingan berprestij - Festival Komunikasi Asean UUM dan Festival Filem Pelajar Malaysia 2005.
Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) dengan kerjasama pihak HEP Kolej SAL Kuala Lumpur telah menganjurkan program sehari bersama anak-anak yatim di Asrama Kasih Sayang Darul Fitrah Gombak pada hari Sabtu bersamaan 23 April 2005. Rumah anak-anak yatim ini menempatkan kira-kira 27 orang kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 tahun sehingga 15 tahun. Asrama ini telah diasaskan oleh saudara Abd Rahman Ramani Abdullah. Rumah anak-anak yatim ini dibahagikan kepada dua asrama iaitu untuk perempuan dan lelaki. Asrama perempuan didiami oleh 16 orang pelajar perempuan manakala asrama lelaki didiami 11 orang pelajar lelaki.
